Input your search keywords and press Enter.

Perluaskan Senarai Barang Kawalan

M Update, 19/3/2019 – Faktor utama yang menentukan perubahan harga barangan basah di pasaran seluruh negara lebih dipengaruhi aspek penawaran dan permintaan.

Bahan keluaran pertanian atau barang basah seperti ayam, ikan, daging, sayur dan buah tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen

Bagaimanapun, pelaksanaan cukai itu terpakai terhadap aktiviti lain di sepanjang rantaian bekalan seperti logistik dan input pertanian. Turun naik harga barang basah tidak dipengaruhi kadar cukai GST atau SST, sebaliknya lebih disebabkan faktor penawaran dan permintaan.

Ada barangan mengalami kenaikan dan penurunan harga bagi kategori barangan basah, namun polanya stabil.

“Jika kita banding hasil tinjauan kementerian pada Januari 2018 dengan Januari 2019, sebanyak 18 daripada 31 item mengalami penurunan harga, manakala 13 item mencatatkan kenaikan harga” – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen

Kerajaan mempunyai mekanisme menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi menetapkan penjualan barangan pada kadar sepatutnya, justeru tindakan boleh diambil sekiranya garis panduan itu gagal dipatuhi.

Namun kepentingan pihak lain dipertimbang seperti penternak, peladang dan petani kalau ingin tetapkan harga pada kadar tidak munasabah serta tidak berbaloi dengan kos pengeluaran ditanggung.

Oleh itu, kementerian masih dalam perancangan untuk mencari titik keseimbangan, mungkin kita akan perluaskan senarai barangan kawalan supaya segelintir harga bahan basah berupaya ditetapkan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply