Input your search keywords and press Enter.

Bomba Juga Pandai Pujuk

M Update, 20/3/2019 – Seorang penagih sanggup menggadaikan nyawa dengan memanjat pokok kelapa setinggi 15 meter bagi mengelak ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menjalankan Ops Perdana di Kampung Cherok Paloh, Kuantan semalam.

Kejadian 2.30 petang itu menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa lebih satu jam memujuk lelaki berusia 25 tahun itu untuk turun sebelum dia mengalah dan turun sendiri.

Kejadian berlaku apabila anggota dan pegawai AADK melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Cherok Paloh.

Ketika melakukan pemeriksaan di rumah itu, seorang lelaki yang hanya berseluar pendek bergegas melarikan diri sebaik menyedari rumah terbabit diserbu AADK.

Anggota AADK kemudian mengejar suspek sebelum dia bertindak memanjat sebatang pokok kelapa berhadapan Masjid Cherok Paloh bagi mengelak diri ditahan.

Anggota AADK cuba memujuk penagih dadah itu supaya turun namun tidak diendahkan sebelum pihaknya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu menurunkan lelaki itu.

Selepas dipujuk anggota bomba, lelaki yang hanya memakai seluar pendek itu turun sendiri 4 petang. Kita kemudian menahannya untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapatinya positif syabu dan dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak berusia 17 tahun.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply