Input your search keywords and press Enter.

Suri rumah warga AS maut dipercayai dibunuh suami

M-Update,20/3/2019, PULAU PINANG – Seorang suri rumah warga Amerika Syarikat (AS) dipercayai maut akibat dibunuh suaminya dalam satu kejadian di rumah keluarga wanita berkenaan di Island Glades, Jelutong, di sini semalam.

Mangsa, Chin Geok Heong,60, disyaki dibunuh suaminya yang juga warganegara AS berusia 62 tahun selepas laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati mangsa maut akibat lemas dan serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komissioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa yang dilahirkan di Malaysia dan telah mendapat kerakyatan AS itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HPP kira-kira pukul 4.20 pagi semalam.

“Polis menahan suami mangsa yang merupakan pesara di perkarangan Jabatan Forensik HPP kira-kira pukul 5.45 petang semalam bagi membantu siasatan kes ini.“Suspek dilahirkan di negara ini dan telah mendapat kerakyataan AS,” katanya di sini hari ini.

– UTUSAN

Leave a Reply