Input your search keywords and press Enter.

Prestasi Terbaik Selangor

Dalam tempoh 30 tahun, Selangor mencatatkan pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM18.947 biliion pada tahun yang lalu. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, jumlah pelaburan yang diluluskan itu meningkat 238% berbanding 2017 yang mencatatkan kemasukan pelaburan RM5.592 bilion dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM10.837 bilion adalah pelaburan langsung asing manakala RM8.11 bilion disumbangkan kepada pelabur tempatan.

Statistik daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2018 yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan sebanyak 214 projek perkilangan diluluskan di Selangor pada 2018 berbanding 202 projek diluluskan pada tahun 2017.

Selain itu, Selangor berjaya mewujudkan sebanyak 18,475 peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan pada tahun lalu sekaligus meningkatkan jumlah peratusan sebanyak 84%. Prestasi memberangsangkan itu menunjukkan keyakinan komuniti perniagaan global dan tempatan kepada ketelusan dan kecekapan pentabiran negeri Selangor.

Disamping itu, prestasi yang terbaik ini juga adalah daripada keberkesanan usaha yang sudah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui agensi penggalakan pelaburan iaitu Invest Selangor Berhad serta kerjasama dan sokongan padu daripada jabatan dan agensi kerajaan lain seperti pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan agensi teknikal yang lain.

Leave a Reply