Input your search keywords and press Enter.

Proton Bakal Berada Di Pakistan

Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Berhad (Proton) akan menjalankan kerjasama dengan syarikat tempatan dalam mewujudkan kilang pemasangan pengeluar di Pakistan. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata perjanjian antara Proton dan rakan dagangan Pakistan Alhaj Automotive dibuat pada tahun lepas dengan Proton mengunjurkan potensi yang besar untuk syarikat tersebut.

Proton merasakan bahawa potensi pasaran di Pakistan sangat besar dan disebabkan perkara tersebut, Proton bersetuju dalam bekerjasama dengan Alhaj automotive untuk membina kilang pemasangan berhampiran Karachi Wilayah Sindh. Ia merupakan kilang pertama Proton di Asia Selatan memandangkan jumlah penduduk di Pakistan tinggi iaitu 210 juta orang.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir akan mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan selama tiga hari bermula pada hari Khamis bersama rakan sejawat dari Pakistan iaitu Imran Khan bagi majlis pecah tanah kilang Proton tersebut. Pembinaan kilang itu merupakan elemen penting dalam perdagangan dan pelaburan diantara kedua-dua negara memandangkan Proton merupakan ilham Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Sewaktu lawatan Dr. Mahathir, kedua-dua Perdana Menteri itu juga akan berbincang dengan lebih terperinci mengenai usaha mempertingkat hubungan dagang antara kedua-dua negara. Pada 2018, jumlah daga­ngan dua hala antara kedua-dua negara bernilai RM5.91 bilion, peningkatan sebanyak 2.5% berbanding RM5.76 bilion pada 2017.

Pakistan merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan dan ia merupakan negara destinasi terbesar eksport Malaysia di Asia Selatan dan ketiga terbesar bagi destinasi import Malaysia. Dari segi pelaburan pula, perangkaan State Bank Pakistan bagi tahun kewangan 2017/2018 merekodkan Malaysia sebagai negara asing ketiga terbesar di Pakis­tan selepas China dan United Kingdom.

Leave a Reply