Input your search keywords and press Enter.

Perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah perjanjian yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang diperakukan di Rom, Itali pada 17 Julai 1998, dan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2002.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Kerajaan tidak akan menerima “perkara-perkara pelik” yang bercanggah dengan Malaysia sebaliknya, Kerajaan hanya akan menerima “perkara-perkara yang baik” sahaja daripada perjanjian antarabangsa. Malaysia mahu meraktifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tetapi pada masa yang sama perjanjian yang akan dilakukan itu perlu tertakluk kepada keadan Malaysia.

Hal ini kerana terdapat perkara-perkara tertentu dilakukan di bawah Statut Rom yang tidak boleh dilakukan oleh Malaysia. Sebagai contoh, Statut Rom memberikan kebebasan mutlak kepada semua orang untuk me­lakukan segala macam perkara. Sekarang, sudah ada lelaki berkahwin dengan lelaki, wa­nita berkahwin dengan wanita.

Perkara-perkara tersebut perlu diperhati dengan sebaik mungkin susulan titah ucapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan baginda semalam bahawa kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan jika menandatangani Statut Rom ke­rana perjanjian itu menyen­tuh hak dan kuasa raja, hak istimewa orang Melayu dan kesucian agama Islam di negara ini.

Leave a Reply