Input your search keywords and press Enter.

Kertas Putih Pertahanan Pertama Negara Bakal Dibentang

M Update, 26/3/2019 – Kerajaan bakal membentangkan Kertas Putih Pertahanan pertama negara bagi membolehkan rakyat mengetahui perancangan dan keutamaan aspek keselamatan masa depan.

Kertas putih berkenaan penting kerana membabitkan komitmen kerajaan dalam dasar pertahanan negara dalam dekad akan datang.

Laporan itu akan menentukan landskap pertahanan merangkumi aspek strategi, elemen dan pendekatan pertahanan yang bakal diguna membabitkan semua agensi keselamatan sedia ada.

Negara memerlukan perancangan pertahanan jangka panjang dan kertas putih ini akan menentukan pengetahuan asal, penyelidikan dan teknologi yang diperlukan sebagai sokongan kepada angkatan tentera.

“Pembentangan Kertas Putih Pertahanan tepat pada masa sesuai dengan penganjuran Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) akan menyokong kepada industri pertahanan dan sosioekonomi negara,” – PM Tun M

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply