Input your search keywords and press Enter.

Madagascar Lubuk Rezeki

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyatakan bahawa peluang menanti para pelabur dan perniaga Malaysia di sebuah negara pulau terletak di Lautan Hindi dan peluang pelaburan dan eksport besar yang ditawarkan oleh Madagascar perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Kerajaan sudah memulakan inisiatif hubungan dua hala melalui penanaman padi dan di bawah hubungan dua hala tersebut, Malaysia boleh menyediakan teknologi dari segi cara meningkatkan hasil padi kerana beras merupakan makanan ruji penduduk Madagascar.

Malaysia mempunyai kepakaran dari segi teknologi, perkhidmatan pembinaan dan professional, serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengurusan sisa dan tenaga boleh diperbaharui yang mana kerjasama boleh dilakukan antara Malaysia dan Madagascar.

Rusiah berkata, pasaran Madagascar masih baru di Malaysia dan ia hampir tidak didengar kebanyakan rakyat Malaysia sehingga baru-baru ini.

Datin Rusiah Mohamed, pengarah bahagian perkhidmatan pembinaan dan perniagaan dan promosi eksport dan bahagian akses pasaran MATRADE berkata kami kini mempunyai platform dalam bentuk Majlis Perniagaan Madagascar-Malaysia (MMBC), yang akan menubuhkan pejabat mereka di sini, adalah jalan yang baik bagi mereka (syarikat Malagasy) untuk mewujudkan hubungan dan kesedaran berhubung pasaran Madagascar dalam kalangan syarikat Malaysia.

Madagascar mengatakan selama ini bahawa mereka berada di bawah pengaruh Perancis dari segi pelaburan dan perdagangan dan kini mereka berusaha mengubahnya dengan tidak hanya bergantung kepada Perancis tetapi memperoleh sesuatu perkara daripada negara-negara lain dan disebabkan itu, Madagascar melihat Malaysia antara rakan kongsi yang berpotensi dalam menjalankan aktiviti perdagangan.

Leave a Reply