Input your search keywords and press Enter.

Malaysia tidak isytihar perang perdagangan terhadap EU – PM

FOTO:CHEDET

M-Update,27/3/2019, LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Malaysia tidak melancarkan perang perdagangan terhadap Kesatuan Eropah (EU), namun hanya memaklumkan kepada dunia mengenai masalah dihadapi negara berikutan keputusan blok itu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel.

Perdana Menteri berkata, negara tidak mengisytiharkan perang perdagangan dengan EU apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia akan melihat ke negara lain untuk membeli jet pejuang, berbanding membelinya daripada syarikat Eropah berikutan layanan tidak adil EU terhadap pengeluar minyak sawit.

“Apa yang saya lakukan, saya memberitahu dunia bahawa amat tidak adil untuk negara-negara kaya menghalang negara-negara miskin daripada menjadi lebih kaya dengan tidak membeli produk mereka. Itu sahaja. Ia bukan (mengisytiharkan) perang perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada taklimat yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19),semalam.

–BERNAMA

Leave a Reply