Input your search keywords and press Enter.

Syed Mohd Hasrin dilantik Wakil Tetap Malaysia ke PBB

M Update, 28/3/2019 – Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia yang baharu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS).

Sebelum dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke PBB, beliau  pernah berkhidmat di Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia sepanjang kerjaya diplomatik beliau,” kata kementerian tersebut menerusi kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, Syed Mohd Hasrin pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Asia Tenggara pada tahun 2014. Jawatan terakhir beliau adalah selaku Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan Syed Mohd Hasrin menerima Surat Pelantikan daripada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, hari ini. Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Luar.

Syed Mohd Hasrin memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1994 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari University of Arizona, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pengurusan Awam dari National University of Singapore, Singapura.

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply