Input your search keywords and press Enter.

Tiada Yang Mustahil

PUTRAJAYA 27 MAC 2019. (dari kiri) Aiman Zikri Azizan, Amirah Zalifah Ab Rahman dan Muhd Naqiuddin Mohamad Nasri bergambar selepas menerima anugerah cemerlang dimajlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan Mara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

M Update, 28/3/2019 – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memberangsangkan bukan bererti seseorang itu tidak boleh berjaya.

Ini dibuktikan graduan Institut Kemahiran MARA (IKM) Alor Setar, Muhd Naqiuddin Mohamad Nasri yang bukan saja memperoleh Nilai Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.99, malah mampu memiliki perniagaan pembuatan perabot sendiri sejak mengikuti pengajian di pusat itu.

Dengan bakat sedia ada ditambah kemahiran dan ilmu diperoleh sepanjang bergelar penuntut, anak kedua daripada empat beradik ini mampu mencipta peluang kerja, sekali gus membuktikan kebolehpasaran graduan IKM yang mampu berdaya saing dan memenuhi keperluan tenaga kerja.

Berkongsi kisahnya, Muhd Naqiuddin, 24, yang menerima Anugerah Graduan Cemerlang berkata, dia melanjutkan pengajian peringkat sijil seterusnya Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot selepas dicadangkan bapanya memandangkan sangat meminati pertukangan. Sejak dari tingkatan satu dan setiap kali cuti sekolah hujung tahun, saya bersama rakan melakukan kerja sambilan pembuatan perabot. Saya pula kurang pandai dan tidak serius belajar.

Ketika mengikuti pengajian di IKM Alor Setar, saya mencari pengalaman dan banyak belajar pelbagai perkara termasuk berkait keusahawanan, sekali gus mendorong untuk menubuhkan dan mendaftar syarikat sendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Alhamdulillah dalam tempoh dua tahun, saya memperoleh pulangan sehingga RM270,000 dan kini meningkat RM320,000 selain menggaji tiga pekerja, sekali gus mampu memberi peluang kerja kepada orang lain,” katanya ketika Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Kemahiran MARA (IPMa) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Sumber : HM Online

Leave a Reply