Input your search keywords and press Enter.

Dr Mahathir bangga dengan kepakaran tempatan

M Update, 29/3/2019 – Perdana Menteri berkata, beliau berbangga dengan keupayaan ditunjukkan syarikat tempatan sehingga dapat mengeluarkan peralatan berkaitan pertahanan sehingga boleh dieksport ke peringkat antarabangsa.

Dalam lawatan saya ke ruang pameran syarikat Malaysia, mereka menunjukkan kebolehan bagaimana menara kawalan udara (ATC) boleh dikawal mereka yang hanya minat dalam bidang berkenaan,” katanya pada sidang media sempena LIMA 2019 (LIMA’19) di sini, hari ini.

Penganjuran Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) sejak 1991 terbukti berjaya meningkatkan kemahiran individu dan syarikat tempatan dalam industri pertahanan sehingga mendapat perhatian di peringkat dunia, kata Tun Dr Mahathir Mohammad.

Saya juga menganggap LIMA’19 adalah yang terbaik sepanjang penganjuran LIMA dan berharap ia dapat diteruskan dan menarik lebih banyak pelaburan kepada negara,” katanya. Beliau pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media yang memberikan liputan sepanjang LIMA’19 berlangsung.

Dr Mahathir berkata, beliau berharap selepas ini individu berbakat dalam bidang penerbangan warga Malaysia dapat pulang dan menyumbang kepada industri tempatan pula. Bidang kejuruteraan pertahanan memerlukan banyak pengetahuan moden dan negara berharap dapat menguasai bidang ini.

Industri (pertahanan) kita telah meningkat dengan lebih baik kerana kita sudah menguasai banyak teknologi canggih dan mampu mengeluarkan barangan pertahanan yang boleh dieksport ke negara lain.

Sumber : BH Online

Leave a Reply