Input your search keywords and press Enter.

Pasir Gudang : Semua Sekolah Dibuka Ahad

M Update, 29/3/2019 -Berita gembira kepada semua pelajar dimana semua 111 sekolah di Pasir Gudang yang ditutup susulan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, 7 Mac lalu, dibuka Ahad ini manakala sesi persekolahan sepanjang tempoh ditutup tidak perlu diganti.

Apabila tidak perlu ganti, kita mengharapkan guru dapat menghabiskan silibus walaupun mungkin terpaksa kejar sedikit sebab ketinggalan sepanjang sekolah tidak beroperasi. Ia bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) itu dapat dibuat dan silibus dihabiskan untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu, mengikut laporan jawatankuasa bencana, semua sekolah berada dalam keadaan selamat untuk dihadiri pelajar, katanya

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Agama Johor, Aminolhuda Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membuat ketetapan dalam kalangan guru. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Gotong-Royong Pembersihan Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengambil ketetapan itu berdasarkan keputusan dikeluarkan jawatankuasa bertindak atau jawatankuasa pengurusan bencana Sungai Kim Kim. Katanya, ini kerana semua bahagian sama ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Khas Pengurusan Bahan Bahaya (HAZMAT) dan pihak kesihatan menyatakan keadaan sudah selamat.

Sebagai tambahan, taklimat khusus berkaitan keselamatan daripada pakar akan dibuat Isnin ini (1 April) jam 2 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru supaya ibu bapa termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dapat mendengar taklimat disampaikan,” katanya.

Aminolhuda berkata, berdasarkan pandangan pakar iaitu Pengerusi Jawatankuasa Saintifik yang juga Dekan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Abdull Rahim Mohd Yusoff, esok diwajibkan kepada semua sekolah supaya membuka kipas dan tingkap di semua bahagian blok yang terjejas supaya berlaku pertukaran udara.

Jangan mula buka kipas dan tingkap waktu hari persekolahan dibuka, sebab itu esok kita minta semua sekolah mengadakan gotong-royong pembersihan.

Sumber : HM Online


Leave a Reply