Input your search keywords and press Enter.

PRK DUN Rantau : SPRM Buka Bilik Gerakan

M Update, 29/3/2019 – PRK DUN Rantau akan diadakan pada 13 April depan, manakala hari penamaan calon adalah pada 30 Mac ini. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan. Ia dibuka untuk membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang PRK berkenaan.

SPRM memaklumkan, bilik gerakan itu yang beroperasi 24 jam akan ditempatkan di SPRM Negeri Sembilan beralamat Peti Surat 6000, Jalan Dato’ Kelana Ma’amor, 70700 Seremban, Negeri Sembilan.

Selain itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel prkrantau@sprm.gov.my atau menghubungi talian 06-763 9008 atau 013-5180873, faks 06-761 6897,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber : BH Online


Leave a Reply