Input your search keywords and press Enter.

Upacara memperingati mangsa tragedi Christchurch hari ini

M Update, 29/3/2019 – Upacara memperingati semua mangsa pembunuhan Christchurch bermula dengan rintihan mengikut tradisi masyarakat Maori yang dilaungkan di bandar South Island, hari ini.

Kehadiran Perdana Menteri Jacinda Ardern pada majlis terbabit turut disertai wakil 59 negara, rakan sejawat dari Australia, Scott Morrison serta puluhan ribu tetamu lain. Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel berkata, tragedi 15 Mac oleh pelampau kulit putih yang meragut 50 nyawa itu adalah serangan ke atas semua penduduk bandar berkenaan.

Ia diinspirasikan oleh kebencian dan tindakan itu dirancang untuk memecah belah perpaduan yang kita semai selama ini. Perbuatan berkenaan sebaliknya lebih menyatukan kita kerana ia menimbulkan perasaan kasih dan sayang tidak berbelah bahagi, tanpa mengira asal usul serta keturunan,” katanya.

Upacara terbabit yang bertemakan ‘Kita Adalah Satu’ ditayangkan secara langsung oleh stesen televisyen rasmi New Zealand.

Azra Chida yang datang dari Auckland berkata, beliau kehilangan dua sahabat karib, Linda Armstrong dan Ata Elayyan dalam serangan itu. Saya hadir untuk bertemu keluarga mereka dan memberikan penghormatan serta melawat mangsa di hospital,” katanya sebelum upacara bermula.

Penduduk tempatan, Bobby Turner pula memberitahu, kehadiran beliau adalah atas semangat perpaduan dan membuktikan keprihatinan. Ia adalah satu malapetaka yang amat dahsyat. Semua mangsa hanya mahu menunaikan ibadat masing-masing. Waktu sembahyang seharusnya berlangsung dengan penuh ketenangan dan dipenuhi rasa cinta terhadap agama,” katanya.

Penyanyi British yang sudah memeluk Islam, Cat Stevens atau Yusuf Islam diberi kepercayaan memimpin bacaan doa pada majlis berkenaan.

Tetamu juga akan mendengar pengalaman mangsa terselamat, Farid Ahmed yang kehilangan isterinya, Husna dalam tragedi itu.

Sumber : BH Online, AFP

Leave a Reply