Input your search keywords and press Enter.

Pembangunan tembok sempadan Malaysia-Thailand

M Update, 1/4/2019 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyelaras spesifikasi teknikal cadangan pembangunan menaik taraf tembok sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata penyelarasan itu akan dibuat berdasarkan keperluan strategik negara dan implikasi kewangan yang terbabit.

Beliau berkata, pembinaan pagar atau tembok di garisan sempadan Malaysia-Thailand dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara dalam mesyuarat ‘Land Boundary Comittee’ MALTHAI ke-25 yang dipengerusikan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) pada 31 Julai hingga 2 Ogos tahun lalu.

Keahlian jawatankuasa kerja di peringkat Malaysia sudah disempurnakan, manakala di peringkat Thailand akan dimuktamadkan selepas pilihan raya umum negara berkenaan selesai,” katanya menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) yang meminta penjelasan mengenai status projek pembinaan tembok sempadan dari Perlis hingga ke Kelantan.

Selain itu, Dr Wan Azizah juga berkata bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian khusus terhadap keperluan bagi sebarang cadangan pembangunan baharu dan menaik taraf tembok/pagar serta sistem pengawasan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand sebagai antara langkah memperkukuhkan pertahanan negara dan membantu tindakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan sempadan darat negara. – BH Online

Leave a Reply