Input your search keywords and press Enter.

Ada Cubaan Ganggu Gugat Kestabilan Negara

M Update, 2/4/2019 – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak ter­tentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di sam­ping memperlekehkan institusi diraja.

Pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di Malaysia.

Ada pihak yang berani me­lakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Beta selaku ketua agama di negeri Terengganu mahu pihak yang ber­kenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-perkara seperti itu tidak menular di ne­geri ini,”

Sultan Mizan bertitah, kera­jaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar perlu terus komited memartabatkan agama dan umat Islam menerusi gerak kerja profe­sional bagi menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai al-Din.

Baginda turut menyatakan rasa sukacita kerana kepemim­pinan Ahmad Samsuri berjaya mengamalkan budaya matang dan sejahtera sekali gus mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dalam kalangan wakil rakyat dengan masyarakat tanpa mengira mana-mana parti ke arah menjadikan Terengganu sebagai negeri paling harmoni di Malaysia.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply