Input your search keywords and press Enter.

AKTIVITI KOMUNIS BINTANG TIGA DI SEMENYIH , HULU LANGAT

Selepas penyerahan Jepun, kedudukan Parti Komunis Malaya yang lengkap bersenjata menjadi semakin kukuh dan megah. Wujudnya kekosongan politik dan ketenteraan di Tanah Melayu selepas penyerahan kalah tentera Jepun telah dimanipulasikan oleh MPAJA / PKM kerana ia merupakan satu-satunya kumpulan bersenjata yang pada ketika itu.

Kekejaman Pengganas Komunis

Di sini diperturunkan beberapa contoh yang menunjukkan pengganas komunis memang bergerak aktif di Selangor khususnya di daerah Hulu Langat dan mendapat bantuan daripada penduduk tempatan. Pada tahun 1948, pengganas komunis mengutip wang RM10,000 sebulan daripada penduduk Serdang . Ini berlanjutan untuk beberapa bulan sehingga kegiatan komunis dihidu oleh pihak polis. Perkara ini menunjukkan pihak komunis mendapat bantuan daripada penduduk Selangor sama ada melalui ugutan atau secara sukarela. Dengan terjumpanya satu tempat simpanan senjata komunis di Kajang oleh pihak berkuasa pada 1948 juga dapat menjelaskan bahawa Selangor merupakan salah satu kawasan tumpuan gerakan komunis di Tanah Melayu.


Pada 27 Jun 1948, seorang ketua penoreh getah berbangsa Cina di Estet Braemar di Kajang di tembak mati di luar sebuah kedai di sebuah kampung kecuali Sungai Kantan pada 10.15 malam. Dalam badan mayat diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi ‘ To destroy labour thief’.

Antara Julai hingga 2 November 1948, berlaku beberapa kejadian subversif di Kampung Kachau, Semenyih. Di antaranya pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki British berumur lapan tahun pada Julai 1948 . Semua orang British yang berkulit putih dianggap sebagai pengacau kepada perjuangan komunis.

Serangan komunis ke atas sebuah lombong pada 31 Oktober 1948. Komunis tidak senang kerana pihak lombong Toh Wan Sang ini tidak membantu dari segi kewangan, makanan , perubatan dan senjata.

Ancaman komunis ke atas penduduk Kampung Kachau turut berlaku apabila segerombolan anggota komunis bertindak membakar rumah asap dan gudang getah di Estet Dominion pada jam 2.00 pagi , 2 November 1948. Ramai pekerja Tamil di ladang tersebut. Ladang Dominion ini hanya 500 meter dari Kampung Kachau, yang didiami oleh peniaga Cina.

Seorang pengumpul kayu api, Harnam Singh telah ditembak mati oleh pengganas komunis di Jalan Rawang- Batu Arang pada kira-kira 10.00 pagi, 18 disember 198. Ketiga itu Harnam Singh sedang dalam perjalanan balik ke rumah setelah mengumpulkan kayu api dari hutan berdekatan Batu Arang. Polis percaya bahawa motif pembunuihan itu ialah tidak membayar yuran keahlian kepada pihak pengganas.

Pada 19 Mac 1949, seorang penoreh getah Tamil di estet Kelang ditetak mati oleh dua pengganas Cina dan seorang pengganas Tamil. Daripada poster komunis yang ditinggalkan didapati motif pembunuhan adalah keranan tidak bekerja sama dengan pengganas komunis.
Pada 29 Julai 1949 pengganas komunis menikam seorang pekerja Tamil dan menculik dua pekerja lain dari sebuah estet berdekatan Kuala Lumpur.

Pada 12 Mac 1950, kira-kira 11.00 pagi, tiga pengganas Cina bersenjata menembak mati dua orang Melayu , Ladang Kachau , Semenyih ketika mangsa sedang memetik buah kelapa.

Keganasan komunis merebak di sekitar kawasan Kajang , Balakong dan kampung-kampung berdekatan dengan daerah Hulu Langat.Di Kajang sendiri, didapati kawasan Kajang semakin diancam oleh kegiatan komunis sehingga menyebabkan sebahagian besar kedai di kawasan iitu ditutup.

Pihak pengganas turut melancarkan serangan hendap ke atas penduduk kampung di Kajang dan Semenyih sehingga menyebabkan seorang pengurus lading dibunuh. Pada 15 Ogos 1950, pengurus Ladanbg Glenshield , Kajang , sir Day diserang oleh segerombolan pengganas ketika beliau dalam perjalanan ke Sungai Reko. Kejadian iitu menyebabkan kehilangan wang yang berjumlah RM4062 dan sejumlah senapang serta mengorbankan dua orang polis berpangkat konstable.

Selain itu pengganas komunis juga menyerang hendap sebuah lori yang mengangkut susu getah dalam perjalanan menuju ke Estet Sungai Tangkas, Bangi.Pemandu lori dibunuh dan lori dibakar. Pekerja Estet Sungai Tangkas turut terancam apabila mereka ditahan oleh pengganas komunis ketika mereka sedang menoreh getah.

Pada Disember 1950, seorang Pegawai Daerah Mantin bersama-sama dengan pasukan polisnya diserang hendap oleh komunis sewaktu keluar dari Jalan Mantin menuju ke Batu 11 Semenyih.

Wong Kim Poh , Timbalan Penempatan Semula ditembak mati dalam serang hendap yang dilakukan oleh pihak komunis. Kejadian itu berlaku pada 28 Mac 1951 kira-kira 9.00 pagi ketika beliau dalam sebuah trak setelah menamatkan tugasnya di Balakong bersama-sama kontraktor dan pekerja-pekerjanya. Beliau dianggap sebagai pembelot komunis dan bekerjasama dengan pihak tentera British.

Penghulu Kampung Hulu Langat , Selangor dicederakan oleh pegganas yang menembak ke arah keretanya ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampung pada 25 Januari 1952.

Dalam kejadian lain, dua penanam padi di Sekinchan Kuala Selangor pada Mac 1954. Mereka ialah Chan Siong dan Lau Kong Yoke yang dibunuh ketika sibuk mengerjakan sawah padi pada musim menuai. Mangsa dibunuh kerana pengganas komunis ingin menunjukkan kekejaman mereka supaya dapat mengugut penduduk kawasan itu membayar wang hasil titik peluh mereka kepada pihak pengganas bagi menyokong kejahatan-kejahatan pengganas.

Yuran kepada pengganas komunis ialah 2 % kati bagi seorang lelaki san perempuan dewasa. Dua kati bagi setiap kanak-kanak.

Tindakan oleh Kerajaan

Sebagai kempen membanteras pengganas komunis, kerajaan bertindak membakar seluruh rumah dan kedai di Kampung Kachau , Semenyih pada 2 November 1948 kerana rumah-rumah penduduk disyakki menjadi tempat persembunyian komunis. Seluruh kampung itu hangus dijilat api . Ini menyebabkan lebih kurang 500 penghuni kehilangan tempat tinggal dan kekudian berdepan dengan masalah kekurangan makanan.

Terdapat sumber yang mengatakan sebanyak 62 buah rumah di Kampung Kacahau di bakar pada 2 November 1948. Bagaimanapun langkah membakar Kampung Kacahau telah menunjukkan kerajaan kolonial kurang memikirkan keselamatan dan kebajikan penduduk kampung sebaliknya bertindak keras supaya penduduk segera berpindah ke kawasan lain. Proses perpindahan ini hanya dibenarkan mengambil masa setengah jam sahaja. 

Kejadian ini sudah tentu mencemaskan penduduk Kampung Kachau yang berada dalam keadaan serba kekurangan. Banyak harta benda tidak sempat diselamatkan . Penduduk Kampung Kachau terpaksa berpindah ke Kampung Baru Pekan Semenyih dan Seremban untuk memulakan kehidupan baru.

Pada Januari 1949, pihak polis menangkap 500 orang yang disyaki di Kajang setelah ditemui 10 khemah dan 13 pondok atap. Kebanyakan mereka adalah orang tua, kanak-kanak dan kaum wanita. Sedangkan kaum lelaki majoriti telah masuk kem hutan menyertai komunis. Penahanan dan pebakaran pondok atap menyebabkan penghuni sekitar mkencari perlindungan di bandar atau Kuala Lumpur dan mengakibatkan kesesakan di bandar.

Pada tahun 1950, seramai 60 penduduk setinggan Kampung Semenyih telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan memberi bantuan kepada pihak komunis. Mereka didapati tidak menyampaikan maklumat tentang pergerakan komunis kepada kerajaan. Sebaliknya membekalkan berbaghai-bagai bantuan secara sukarela kepada pengganas komunis.

Malahan kes pembunuhan seorang guru sekolah Melayu akibat keganasan komunis juga tidak pernah dilaporkan kepada pihak polis. Kes ini jelas menunjukkan Kampung Semenyih enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan sanggup merahsiakan kes pembunuhan tersebut.
Dengan itu, pihak berkuasa bertindak melaksanakan Peraturan Darurat 17D untuk menjauhkan penduduk Semenyih daripada berhubun dengan pihak komunis. Di bawah peraturan ini seramai 1500 penduduk Semenyih telah dipindahkan dan dihantar ke pusat pemuihan di Kluang, johor, kira-kira 300 km dari Semenyih.

Leave a Reply