Input your search keywords and press Enter.

Arsenal naik tangga ketiga Liga Perdana

Foto:AFF

M-Update,2/4/2019, LONDON: Unai Emery memberi cabaran kepada Arsenal untuk mencipta sejarah mereka sendiri apabila mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana selepas kemenangan 2-0 mengatasi Newcastle awal pagi tadi. Jaringan babak pertama Aaron Ramsey diikuti Alexandre Lacazette pada penghujung permainan di Stadium Emirates, mengekalkan persembahan baik Arsenal di bawah kendalian Emery.

Skuad Emery mendaki dua mata di atas pasukan tangga keempat Tottenham dan pasukan kedudukan kelima, Manchester United lantas memperkukuhkan peluang layak ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan empat tempat teratas berbaki tujuh perlawanan.Ini adalah kali pertama Arsenal berkedudukan ketiga sejak April 2017, menunjukkan peningkatan sejak bekas bos Paris Saint Germain, Emery menggantikan Arsene Wenger pada penghujung musim lalu.

Gol kelima Ramsey musim ini adalah yang kedua buat pemain tengah Wales itu sejak menandatangani kontrak mewah menyertai Juventus pada penamat musim ini. Arsenal menamatkan saingan dengan 63 mata pada musim terakhir kendalian Wenger namun Emery sudah menyamai catatan itu berbaki tujuh perlawanan.

“Ia sejarah baharu. Kami menciptanya dengan cara kami sendiri. Sasaran kami sangat jelas,” kata Emery.“Kami mencipta suasana yang besar di sini. Kami berada pada tahap yang bagus, mentaliti yang bagus dengan pemain. “Kami semakin meningkat dan melakukannya dengan bagus, tapi kami sedar ia sukar. Tottenham, Chelsea dan Manchester United akan menang banyak perlawanan.”

Newcastle kekal tujuh mata di atas zon penyingkiran selepas kekalahan ke-12 dalam 13 pertemuan dengan Arsenal. – AFP

Leave a Reply