Input your search keywords and press Enter.

Cubaan Terjun Gagal

M Update, 2/4/2019 – Dua wanita warga Indonesia cuba terjun dari tingkat lima sebuah hotel di Jalan Kepong, Kuala Lumpur, bagi meloloskan diri selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Bagaimanapun, tindakan wanita warga asing itu gagal apabila mereka berjaya ditahan anggota penguat kuasa. Dalam operasi Ops Gegar yang bermula 9 malam itu, seramai 22 wanita warga asing disyaki pelacur berusia antara 20 hingga 30-an ditahan

Semakan mendapati 11 daripada mereka adalah warga Indonesia, Vietnam (enam orang), Thailand (tiga orang), Bangladesh ( seorang) dan seorang warga Laos.

Turut ditahan adalah tiga lelaki warga tempatan dipercayai penjaga premis berkenaan.

Siasatan mendapati semua wanita terbabit disyaki datang ke Malaysia sebagai pelancong dan kerap keluar masuk negara untuk bekerja di spa hotel berkenaan.

Hanita berkenaan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM190 sehingga RM250.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply