Input your search keywords and press Enter.

Aedes : Pasar Awam Banting Ditutup Sementara

M Update, 3/4/2019 – Pasar Awam Banting akan ditutup sementara bermula 8 hingga 10 April ini bagi membolehkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di premis itu. MDKL mendapati terdapat banyak tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dikenal pasti di sekitar bangunan pasar itu.

Pegawai Komunikasi Korporat MDKL, Mohammad Kamal Mohd Ramlan, berkata MDKL akan menjalankan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh terhadap bangunan pasar itu. Sehubungan itu, MDKL meminta semua peniaga-peniaga di pasar terbabit turut menyertai kerja-kerja pembersihan ini memandangkan pasar ini adalah punca rezeki utama mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Kamal berkata peniaga diminta membuka semua binaan tambahan dan membersihkan tapak perniagaan sendiri. Laluan tengah pasar hendaklah dikosongkan, semua barangan perniagaan seperti bakul, meja, kerusi, kotak, rak barang, tong ikan dan sebagainya hendaklah dialihkan serta dikosongkan. Selain itu, MDKL tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan kehilangan barang sepanjang kerja-kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Sekiranya didapati peniaga tidak mengosongkan petak perniagaan, MDKL akan mengambil barang-barang itu untuk dilupuskan. – BH Online


Leave a Reply