Input your search keywords and press Enter.

Gempa Bumi 5.6 Magnitud Gegar Taiwan

M Updated 03/04/2019 – Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda daerah Taitung, Tenggara Taiwan hari ini, kata biro kaji cuaca negara pulau itu dan setakat ini tidak ada sebarang kerosakan atau kematian dilaporkan.

Saksi Reuters berkata, gempa itu menggegar beberapa bangunan di sekitar ibu negara. Gegaran dikatakan berada pada kedalaman 10 kilometer tetapi tidak ada butiran lanjut diberikan.

Taiwan yang ditadbir negara itu sendiri didakwa China miliknya, berada di persimpangan antara dua lapisan tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.

Lebih daripada 100 terbunuh ketika gempa bumi melanda selatan Taiwan pada 2016 dan terdapa dalam kalangan rakyat negara itu yang masih dibayangi gempa bumi 7.6 magnitud yang membunuh lebih 2,000 orang pada 1999. – Reuters

Leave a Reply