Input your search keywords and press Enter.

Maut Ketika Pulang Bertugas

M Update, 3/4/2019 – Sebuah motorsikal terbabas di bawah jejantas MITC di Lebuh Ayer Keroh, menyebabkan seorang pengawal keselamatan maut pada jam 8.20 malam tadi.

Mangsa, Mohd Ezral Mohd Reza, 39, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Lorong Pandan selepas tamat waktu bertugas di Seri Negeri.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan semasa menyusuri selekoh jalan susur ke kiri dan terbabas ke arah kanan jalan kemudiannya melanggar pembahagi jalan.

Akibat kejadian itu, dia tercampak dan mengalami cedera parah di bahagian kepala. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber : Melaka Kini

Leave a Reply