Input your search keywords and press Enter.

Anak Erma Fatima Bekas Banduan?

M Updateberita 4/4/2019 – Erma Fatima berkongsi mengenai anaknya yang baru dibebaskan hari ini. “YA, anak saya kini bekas seorang banduan. Atas izinnya saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua.

Saya berkongsi semua ini bukan kerana mahukan simpati. Saya mahu berkongsi dengan semua anak muda di luar sana mengenai realiti hidup,” kata pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima mengenai kisah hidup anak angkat ketiganya, Ahmad Aifin, 23, yang baru dibebaskan dari penjara hari ini.

Hari ini, dia keluar dari penjara. Anak lain jemput dia di penjara dan bawa pulang ke rumah. Semua takut jika saya tidak terima dia. Apa pun saya masih ibu walaupun tidak melahirkannya. Walaupun dia tinggalkan saya,” katanya.

Erma, 51, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad ketika dihubungi berkata, Ahmad dipenjara ketika dia berumur 21 tahun. Namun katanya, dia belum bersedia berkongsi sebab anak angkatnya dipenjarakan. Menerusi perkongsian di Instagram, Erma mengakui tidak malu memiliki anak sepertinya kerana menganggap itu adalah dugaan paling besar dalam hidupnya yang terpaksa ditempuh.

Apabila saya minta izin berkongsi perkara ini, dia tanya saya, mama tak malu ke beritahu orang anak mama bekas banduan? Saya cakap, tidak pernah malu memiliki anak dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup yang terpaksa ditempuh.

“Menerusi perkongsian ini, saya mahu keluarga yang memiliki anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan daripada cerita ini. Itu saja,” katanya. Erma juga mengakui, anak yang dipelihara dari usia sehari itu kembali ke pangkuan bapa kandungnya ketika berusia belasan tahun.

Satu hari atas percaturan orang tertentu, dia kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu. Pada Mei 2016, saya mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan. Sekali pun tak pernah jenguk dia dipenjara kerana saya kecewa, sedih dan hancur hati ini. Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia. Semua dalam keluarga menyangka saya buang dia daripada hidup. – HM Online

Leave a Reply