Input your search keywords and press Enter.

Bimbang Peningkatan Import Olein Sawit Malaysia

Olein sawit Malaysia diimport oleh India berjumlah 300 ribu tan pada Mac 2019 dan secara langsung ia telah menjejaskan harga penapis minyak tempatan dan biji sawi. Satu kumpulan industri India menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan jumlah import olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dari Malaysia susulan langkah pengurangan duti antara miniyak sawit mentah (MSM) dan bertapis.

Jumlah import olein sawit RBD India mencecah 241,101 tan pada Februari berbanding 167,429 tan pada Januari. Kerajaan India mengambil keputusan untuk mengurangkan duti minyak sawit mentah sebanyak 4% pada bulan Januari dan peratusan yang sama dikurangkan bagi minyak sawit bertapis. Secara langsung jumlah peratusan duti minyak sawit mentah dan minyak sawit bertapis menjadi 40% dan 50%.

Kumpulan industri India telah menyampaikan sepucuk surat kepada Kementerian Kewanagn Malaysia dan surat tersebut menyatakan pengurangan perbezaan duti antara minyak sawit mentah oleh olein sawit dari  sumber di Malaysia menyebabkan import olein sawit RBD meningkat daripada 130,000 tan pada Disember kepada hampir 300,000 tan pada Mac.

Ia mendakwa, petani serta industri penapisan minyak makan tempatan akan terjejas teruk “sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan” dan berharap kerajaan dapat menaikkan semula perbezaan cukai antara MSM dan minyak sawit bertapis kepada 10%.

India adalah pengimport utama minyak sawit berikutan pengeluaran minyak bijian tempatan yang tidak mencukupi bagi menampung keperluan bulanan minyak makan sebanyak 1.9 juta tan

Leave a Reply