Input your search keywords and press Enter.

Ganjaran Wang Tunai Jika Temui Acap Palsu

M Update, 4/4/2019 – Ganjaran berbentuk wang tunai jika berjaya menemui Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu ketika menyertai acara larian dekat Gua Tempurung dan tular di media sosial, bukan ditawarkan ahli keluarga lelaki itu.

Tawaran itu sengaja diada-adakan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan. Ganjaran yang viral itu adalah palsu. Tidak perlu layan dengan khabar angin ini kerana fokus kami sekarang adalah untuk mencari Acap (Mohammad Ashraf),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abang mangsa, Mohd Zahiruddin, 35, berkata mereka sekeluarga kesal apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dan meraih keuntungan daripada kehilangan anak kelima daripada tujuh beradik itu. Mereka sekeluarga juga tidak mengenali atau mngenali mana-mana pihak yang cuba mengutip derma atau menjadi sukarelawan bagi mendapatkan dana atas nama Mohammad Ashraf.

Manakala menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata, setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung isu ganjaran mencari mangsa. Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran dan ganjaran jika menjumpai mangsa. Ini kerana ada pihak yang cuba menangguk di air keruh atas kejadian ini. Sekiranya terdapat keraguan mengenai ganjaran yang ditawarkan, bolehla merujuk kepada Ketua Polis Daerah (Kampar).

Leave a Reply