Input your search keywords and press Enter.

Tiga Rakyat Palestin Cedera Ditembak Tentera Israel

M Update, 04/04/2019 –  Tiga rakyat Palestin dilaporkan cedera akibat ditembak tentera Israel, kerana disyaki cuba menyusup masuk ke negara itu dari Semenanjung Gaza.

Seramai 263 rakyat Palestin terbunuh akibat ditembak tentera Israel, sejak tunjuk perasaan mingguan dilancarkan setahun lalu, selain pertempuran di sempadan Gaza.

“Berikutan itu, pihak tentera terpaksa melepaskan tembakan kepada suspek. Kami turut menjumpai pisau pada mereka,” kata tentera Israel.

“Tentera (Israel) berjaya mengesan tiga suspek ketika mereka cuba menyeberangi pagar keselamatan, dan cuba menyusup masuk ke Israel dari kawasan selatan Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera memberitahu AFP, ketiga-tiga mereka sudah dipindahkan ke sebuah hospital di Israel.

Sementara itu, dua tentera Israel maut dalam tempoh yang sama di Gaza. – AFP

Leave a Reply