Input your search keywords and press Enter.

Penduduk Resah Rumah Kerap Dimasuki Lumpur

M Update, 5/4/2019 – Kira-kira lapan keluarga di Taman Mutiara Gombak 2, Gombak, resah apabila rumah didiami kerap dinaiki air lumpur dipercayai akibat projek pembinaan rumah banglo di kawasan berhampiran. Projek berkenaan yang diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak dilengkapi saluran air dan sistem perparitan yang cekap.

Tembok yang dibina sama tinggi dengan bumbung rumah penduduk seperti tiada guna dan setiap kali hujan lebat, air akan melimpah,” katanya ketika dihubungi. Penduduk, Juraimi Azahar Taharim, 46 berkata, rumah mereka akan dinaiki air setiap kali hujan lebat menyebabkan tembok setinggi enam meter yang dibina antara kawasan kediaman mereka dan projek itu tidak dapat menampung limpahan air yang banyak.

Sementara itu, jurucakap MPS berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berbangkit sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Bagi kami masa untuk periksa aduan berkenaan, katanya.

Juraimi berkata, Persatuan Penduduk Taman Mutiara Gombak 2 sudah membangkitkan isu berkenaan kepada pihak MPS dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham sejak projek itu diluluskan April tahun lalu. Penduduk sudah beberapa kali menyuarakan rasa hampa selepas projek itu diluluskan tanpa mendapat maklum balas penduduk. Walaupun diberitahu terdapat beberapa sesi lawatan pegawai berkaitan ke kawasan projek itu, penduduk masih tidak mendapat kata putus. Pembinaan banglo masih diteruskan tanpa mengambil kira kebajikan penduduk di sekitarnya,” katanya. – HM online

Leave a Reply