Input your search keywords and press Enter.

Putera Harry, Meghan Pecah Rekod Pengikut Instagram



M Update, 05/04/2019 –  Putera Harry dan isterinya Meghan Markle memecahkan rekod apabila mencapai sejuta pengikut di akaun Instagram yang baharu dilancarkan dalam tempoh kurang enam jam, kata Guinness World Records semalam.

Akaun diberi nama “sussexroyal” yang setakat ini mengeluarkan satu tulisan memaparkan simbol monogram nama mereka, dilancarkan kelmarin dan kini memiliki 2.7 juta pengikut.

Tulisan itu sahaja memperoleh lebih 960,000 likes untuk Duke dan Duchess of Sussex dari Britain itu.

“Kami tidak sabar berkongsi tugas yang mendorong kami, badan yang kami sokong, pengumuman penting dan peluang mengetengahkan isu penting,” kata pasangan itu dalam tulisan mereka.

Pasangan diraja itu sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Meghan dan Harry memecahkan rekod dipegang sebelum ini oleh penyanyi K-pop Korea Selatan, Kang Daniel yang mencapai sejuta pengikut dalam tempoh 11 jam, 36 minit.

Rekod sebelum itu dipegang Paus Francis yang mencatat sejuta pengikut dalam tempoh 12 jam selepas melancarkan saluran ‘franciscus’ pada 2016.

Meghan, bekas aktres yang membintangi siri televisyen terkenal Amerika Syarikat (AS), ‘Suits’ memadam semua akaun media sosial peribadinya sebelum berkahwin dengan Harry pada Mei 2018. -AFP

Leave a Reply