Input your search keywords and press Enter.

96 Individu Ditahan

M Update, 8/4/2019 – Sepanjang operasi bersepadu selama seminggu, polis berjaya menahan 96 individu atas pelbagai kesalahan termasuk kes jenayah di sekitar Alor Setar, bermula 1 April lalu hingga semalam.

Operasi turut membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Operasi tertumpu di sekitar Bandaraya Alor Setar seperti rumah urut, pemeriksaan jalan raya dan beberapa lokasi menjadi tumpuan orang ramai.

Sepanjang tempoh itu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengeluarkan 650 saman termasuk terhadap dua individu disyaki mabuk.

Sembilan individu disyaki terbabit dalam sembilan kes jenayah seperti curi motosikal dan pecah rumah turut ditahan bagi siasatan lanjut.

27 individu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Pihak polis turut merampas sejumlah dadah daripada seorang suspek yang kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah 1987.

Secara keseluruhan 811 saman dikeluarkan oleh agensi yang terbabit dalam operasi bersepadu kali ini.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply