Input your search keywords and press Enter.

Bas Pekerja Terjunam Dalam Longkang, 10 Maut

M Update, 8/4/2019 – Sepuluh maut selepas bas pekerja dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, jam malam malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, lapan warga asing dan pemandu bas tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa warga asing meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, berkata hasil siasatan mendapati, bas itu membawa seramai 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MAS Kargo. Katanya, kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan ke tempat kerja penumpang terbabit sebelum ia hilang kawalan dan terhumban dalam longkang itu.

Susulan itu, katanya, seramai 38 pegawai dan anggota dengan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA, Cyberjaya dan Sepang dikejarkan ke lokasi kejadian. Operasi menyelamat mangsa turut dibantu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan polis bantuan MAS Kargo,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, pagi ini.

Sebaik tiba di lokasi, kami melakukan pemeriksaan di kawasan sekitarnya sebelum bertindak menstabilkan kembali kedudukan bas itu sebelum mengeluarkan mangsa. Kami terpaksa memotong beberapa bahagian bas terbabit bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit. Tempoh hampir satu jam diperlukan bagi mengeluarkan mangsa menggunakan kaedah ‘hauling’ iaitu menggunakan tali penyelamat, selain tangga dan pengusung,” katanya.

Kesemua pekerja terbabit sepatutnya masuk bekerja pada shif 12 tengah malam ini (tadi). Baki 34 penumpang lagi yang cedera dihantar ke hospital di Serdang, Putrajaya, Banting dan Kajang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, Ketua Zon Lima (Selangor Selatan) JBPM Selangor, Nik Mohd Fadhil Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 11.16 malam tadi. – BH Online

Leave a Reply