Input your search keywords and press Enter.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS Letak Jawatan.

M Update, 08/04/2019 – Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS) Kirstjen Nielsen yang dikenali ramai kerana mempertahankan dasar dibuat Presiden Donald Trump dengan memisahkan kanak-kanak pendatang dari ibu bapa mereka meletakkan jawatan serta merta berkuatkuasa semalam.

Peletakan jawatan Nielsen dilaporkan kali pertama oleh CBS News dan sumber kanan memberitahu, Trump meminta Nielsen meletakkan jawatan dan ditunaikan wanita itu.

Trump dalam satu kenyataan di Twitter berkata, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri akan melepaskan jawatan dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau selama ini.

Dalam satu lagi hantaran di Twitter beliau berkata, jawatan berkenaan akan dipangku Pesuruhjaya Perlindungan Sempadan dan Kastam, Kevin McAleenan.

Nielsen, 46 berkhidmat sebagai setiausaha DHS sejak Disember 2017 dan terbabit menyaksikan jabatan berkenaan berdepan pelbagai konflik termasuk bersama Trump, khususnya berhubung dasar yang memisahkan kanak-kanak pendatang dari ibu bapa mereka di sempadan Mexico.

Trump menjadikan dasar menghapuskan pendatang haram sebagai objektif utama sepanjang menyandang jawatan presiden dan berusaha mengurangkan kemasukan pendatang asing, termasuk dari Mexico dan Amerika Tengah.

Pemergian Nielsen diumumkan dua hari selepas presiden Republikan itu membuat kenyataan Jumaat lalu bahawa beliau meletakkan calonnya sendiri, Ronald Vitiello untuk menyandang jawatan tertinggi di Pasukan Penguatkuasa Imigresen dan Kastam AS (ICE) kerana mahukan seseorang yang lebih ‘keras’.

ICE berada di bawah bidang kuasa DHS. – Reuters

Leave a Reply