Input your search keywords and press Enter.

DHS Dirombak, Ketua Perkhidmatan Rahsia Letak Jawatan Bulan Depan

M Update, 09/04/2019 –  Presiden Donald Trump mengarahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dirombak, kata ketua Perkhidmatan Rahsia semalam, selepas kenyataan Rumah Putih beliau akan meninggalkan jawatan itu tidak lama lagi.

Pengumuman dibuat sehari selepas Trump memecat Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kirstjen Nielsen, yang bertelagah dengannya berhubung isu pendatang.

Perkhidmatan Rahsia berkata, Randolph ‘Tex’ Alles, akan berundur bulan depan.

“Tidak ragu-ragu lagi anda melihat laporan media mengenai ‘pemecatan’ saya.

“Percayalah, ia bukan begitu. Malah saya diberitahu dua minggu lalu bahawa peralihan dalam kepemimpinan akan berlaku di Jabatan Keselamatan Dalam Negara,” kata Alles dalam mesej kepada ejen Perkhidmatan Rahsia.

Trump atau Rumah Putih tidak menjelaskan mengenai rombakan DHS, tetapi kemarahan presiden itu berhubung peningkatan pendatang dari Amerika Tengah memang diketahui.

Senator kanan kedua-dua parti meluahkan kebimbangan mengenai kekosongan dalam kepemimpinan di agensi itu, yang turut memantau Perkhidmatan Rahsia, Pengawal Pantai, Pengurusan Kecemasan Persekutuan dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan. — Reuters

Leave a Reply