Input your search keywords and press Enter.

Guru Di Poland Mogok Tuntut Kenaikan Gaji

M Update, 09/04/2019 – Perbincangan antara tiga kesatuan guru dan kerajaan berakhir petang Ahad dengan ZNP dan sebuah lagi kesatuan tetap dengan pendirian iaitu kenaikan gaji bulanan 1,000 zlotys (RM1,074) sebulan. Hanya kesatuan yang kecil bersetuju dengan tawaran kerajaan dengan kenaikan 15 peratus berkuat kuasa September tahun ini.

Kebanyakan guru di seluruh Poland mengadakan mogok hari ini selepas kerajaan dan kesatuan gagal mencapai persetujuan dengan cadangan untuk menaikkan gaji, kata ketua Kesatuan Guru Poland (ZNP).

“Hari ini bermula jam 8.00 pagi waktu tempatan mogok terbesar diadakan dalam bidang pendidikan sejak 1993,” kata ketua ZNP, Slawomir Broniarz kepada TVN24.

Pada masa sama, kebanyakan guru tidak berpuas hati dengan pembaharuan yang dianggap tidak teratur.

“Kami bersedia untuk meyakinkan kerajaan bahawa mogok ini bukan saja disebabkan ekonomi, tetapi mogok ini juga untuk mempertahankan kualiti pendidikan yang rosak sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Broniarz.

Menurut ZNP, hampir 80 peratus sekolah dan tadika di Poland mengisytiharkan mengambil bahagian dalam mogok tetapi kesatuan itu tidak mengatakan berapa lama ia akan berlangsung. – Reuters

Leave a Reply