Input your search keywords and press Enter.

Vape dan rokok elektronik di bawah Akta Kawalan Tembakau

M Update, 9/4/2019 – Kementerian Kesihatan sedang merangka Akta Kawalan Tembakau yang merangkumi kawalan penggunaan produk tembakau, termasuk rokok elektronik dan vape.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata akta yang itu turut meliputi bidang penguatkuasaan, penjualan, undang-undang dan hukuman. Kementeriannya juga komited untuk melaksanakan akta terbabit kerana ia dapat menjadikan persekitaran lebih sihat.

Kita sedang menyiapkan rang undang-undang dan kami harap ia dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini sebelum dibentangkan di Parlimen. Sebelum ini, penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk di bawah Akta Racun 1952. – BH Online

Leave a Reply