Input your search keywords and press Enter.

Anwar Mempertahankan Langkah Untuk Mengekalkan Akta MKN

M Update, 10/4/2019 – Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan tidak menentang Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, ini berikutan keputusan kerajaan membuat pindaan kepada akta tersebut. Pakatan Harapan sebelum ini berjanji akan memansuhkan akta tersebut pada pilihanraya umum ke 14.

“Ada kekeliruan. Kita tidak menentang akta tersebut tetapi kuasa akta itu iaitu kuasa yang diberikan pada perdana menteri ketika itu,” katanya kepada pemberita ketika bertemu pelajar Institut Pendidikan Guru di Cheras semalam. Anwar sebelum ini telah memfailkan saman untuk cuba meminda perlembagaan mengenai Akta MKN yang berkuatkuasa pada Ogos 2016.

Kerajaan gabungan itu bagaimanapun semalam membentangkan pindaan, yang antaranya mengusulkan kuasa mengisytihar zon keselamatan dipindahkan daripada perdana menteri kepada Agong atas nasihat MKN. Manakala Perdana menteri kekal sebagai pengerusi MKN. Akta MKN dibentangkan pada Disember 2015, dan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada akhir tahun. Kerajaan dikritik apabila mengumumkan Akta MKN hanya akan disemak kerana sebelum ini mereka berjanji untuk memansuhkan Akta MKN.

Dalam samannya yang difailkan pada 2 Ogos 2016, Anwar berkata Akta MKN adalah tidak berperlembagaan kerana ia menghapuskan keperluan persetujuan Agong untuk mengisytiharkan kecemasan. Selain itu, Anwar juga menjelaskan bahawa PH sebenarnya tidak berhajat untuk memansuhkan Akta MKN sepenuhnya, sebaliknya hanya mahu mengubah kandungannya sahaja.

Leave a Reply