Input your search keywords and press Enter.

PM : Pemangku MB Johor akan diumum secepat mungkin

M Update, 10/4/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang meneliti beberapa nama untuk dilantik sebagai pemangku Menteri Besar Johor dan pengumuman siapa yang bakal menjadi pemangku Menteri Besar Johor akan dibuat secepat mungkin.

“Kita akan lantik secepat mungkin. Kita sudah tentukan calonnya Ada beberapa calon yang kita nak pilih. Ia memerlukan sedikit masa (untuk tentukan), tetapi dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Kewangan Islamik Kuala Lumpur (KLIFF) 2019 di sini, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) sebagai parti yang menang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berhak untuk menentukan siapa Menteri Besar Johor yang baharu. Meskipun terdapat ‘cakap-cakap’ bahawa keputusan untuk melantik Menteri Besar turut dipengaruhi Istana Johor, Dr Mahathir menegaskan bahawa tiada undang-undang atau peraturan sedemikian.

Keputusan lantik Menteri Besar Johor adalah perkara politik. Tidak ada peraturan untuk Sultan (Johor) berbuat demikian. Ini kerana, parti yang menang pilihan raya akan tentukan siapa akan memimpin,” katanya. Dr Mahathir berharap semua pihak bersabar kerana kerajaan memerlukan sedikit masa untuk menentukan siapa calon layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Osman Sapian. – BH Online

Leave a Reply