Input your search keywords and press Enter.

Tempoh Mendidik Perokok Bakal Berakhir

M Update, 10/4/2019 – Kementerian Kesihatan mengingatkan perokok bahawa tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di kedai makan dan restoran akan berakhir Julai 2019.

Selepas tempoh itu pihak kementerian akan mempertingkatkan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman kepada perokok yang masih berdegil.

Setakat ini kita belum mengeluarkan sebarang saman kepada mereka yang melanggar peraturan berkenaan tetapi mulai Julai, kita akan ambil tindakan tegas, dalam tempoh itu juga penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Diharap orang ramai bekerjasama kerana perkara ini berkaitan dengan isu kesihatan, selain itu kita berharap perokok mengubah sikap mereka. Merokoklah di luar kawasan larangan merokok atau lebih tepat, kurangkan merokok.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, di mana perokok yang melanggar peraturan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan pada Januari lalu, namun Kementerian Kesihatan memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply