Input your search keywords and press Enter.

Kehilangan Acap Masih Misteri

M Update, 11/4/2019 – Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk baharu dalam usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 yang hilang sejak lebih dua minggu lepas.

Hari ini memasuki hari ke-18 tempoh pencarian, kita dapati tiada petunjuk baharu yang diperoleh walaupun telah menggunakan dua jenis anjing pengesan iaitu untuk mengesan mangsa yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal namun ianya tidak membawa kepada sebarang penemuan,” katanya.

Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), Abdul Razak Muda, berkata skop keluasan pencarian telah diperluaskan sebanyak radius 50 kilometer. Saya dimaklumkan kemungkinan mangsa menghilangkan diri, ataupun ada kemungkinan yang beliau di culik. Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan, dan seramai 50 anggota bomba akan menyertai operasi pencarian secara besar-besaran dengan pihak polis pada Sabtu ini,” katanya.

Abdul Razak berkata, jika sebelum ini pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) beranggapan Mohamad Ashraf tergelincir atau terjatuh, tetapi apabila keluasan pencarian sudah menjangkau sebanyak 50 kilometer, kemungkinan tersebut terpaksa diubah. – BH Online


Leave a Reply