Input your search keywords and press Enter.

Maut Kereta Jatuh Gaung

M Update, 11/4/2019 – Seorang maut manakala lima lagi cedera termasuk bayi selepas kereta dinaiki jatuh ke dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Cameron Highlands-Tapah, di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali yang mengetuai operasi menyelamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 4.05 petang. Sampai di lokasi benar berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta Myvi berwarna kuning yang terbabas ke dalam gaung sedalam 400 meter.

Terdapat enam mangsa di mana seorang lelaki dewasa masih terperangkap dalam kereta dan seorang lagi tercampak keluar daripada kereta berkenaan. Empat mangsa lain (tiga wanita, seorang bayi) berjaya diselamatkan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa maut selepas terperangkap dalam kereta Perodua Myvi dinaiki bersama lima yang lain.

Mohd Hilmi berkata, pihaknya membantu menaikkan mangsa yang terperangkap dan tercampak keluar dari kereta berkenaan ke atas dengan menggunakan pengusung. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak hospital, manakala mangsa yang meninggal diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet dengan dibantu BBP Cameron Highlands dan BBP Tapah itu tamat jam 5.58 petang. – BH Online

Leave a Reply