Input your search keywords and press Enter.

Letupan Dan Kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

M Update, 12/4/2019 – Dua warga tempatan cedera susulan letupan di satu daripada lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, dekat Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah, berkata, kedua-dua mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang. Pihak polis mengesahkan laporan kejadian diterima 1.25 pagi tadi. Insiden kebakaran kecil berlaku di salah satu lot tapak projek.

Pasukan Tindak Kecemasan (ERT) PETRONAS RAPID Pengerang yang menerima laporan, mengaktifkan ke lokasi kejadian membabitkan lima kenderaan bomba ERT PETRONAS RAPID Pengerang dengan kekuatan 30 kakitangan yang dapat memadamkan dan mengawal kebakaran sepenuhnya pada 2.15 pagi,” katanya dalam kenyataan di Kota Tinggi, hari ini.

Ahsmon berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca insiden itu akan dibuat bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (JAKKSAS) Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak pengurusan keselamatan PETRONAS RAPID Pengerang.

Pihak Polis memuji tindak balas ERT PETRONAS RAPID Pengerang yang dapat mengawal sepenuhnya insiden terpencil ini dalam masa yang singkat,” katanya.

PETRONAS dalam satu kenyataan mengesahkan letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, 1.25 pagi tadi.

Katanya, pasukan kecemasan dan kebakaran digerakkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian. – HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *