Input your search keywords and press Enter.

MyKad Siap 30 Minit Sahaja

M Update, 12/4/2019 – Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu, evolusi kad pengenalan warganegara Malaysia bermula dari tahun 1948 dengan sekeping kertas dan pada tahun 1960 ianyanya ditambahbaik dengan ciri ketahanan dengan memperkenalkan kad pengenalan plastik.

Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) merupakan sebuah jabatan yang di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). JPN bertanggungjawab menjalankan tugas merekod peristiwa penting seseorang individu tersebut seperti maklumat kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian.

JPN mengeluarkan MyKad mempunyai beberapa ciri keselamatan terkini seperti mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad untuk mengelak pemalsuan dan juga menggunakan cip baru yang lebih berdaya tahan selain diperbuat dari bahan polikarbonat.

Di Pulau Pinang hanya terdapat 2 tempat yang membolehkan MyKad disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas proses menghantar borang permohonan dan proses mengambil gambar lengkap selesai. Salah satunya adalah JPN Bertam, Daerah Seberang Prai Utara yang terletak di Wisma Persekutuan Kepala Batas.

Menurut Penyelia di JPN Bertam, Abdul Shukur Abdul Halim memaklumkan sistem yang digunakan semua petugas disini adalah online bermula dari borang permohonan yang diterima oleh pemohon.

Segala maklumat pemohonan akan dimasukkan ke dalam komputer untuk direkodkan dan diproses dengan dipantau oleh JPN Ibu Pejabat Putrajaya sebelum sesuatu MyKad itu dikeluarkan dan diberikan kepada pemohon. Dengan kekuatan 24 orang kakitangan  petugas dan 8 kaunter, proses dokumentasi buat masa ini berjalan lancar. Ujarnya lagi, mesin mencetak MyKad dijaga dan diseliakan oleh vendor bagi memastikan operasi mesin mencetak tidak menghadapi masalah.

Beliau yang telah berkhidmat 15 tahun di JPN, telah mempunyai pelbagai pengalaman dalam menguruskan  urusan pelbagai bahagian.”Untuk membolehkan pemohon mendapatkan MyKad dalam masa 30 minit ini, hanya diberikan kepada pemohonan baru dan permohonan gantian MyKad kali pertama dan kedua sahaja dengan syarat ibu jari pemohon adalah boleh dibaca oleh komputer,”ujarnya lagi.

Encik Yusairi Mat Isa, 42 tahun, kontraktor dan agen pelancongan ketika ditanya mengenai perkhidmatan JPN memberitahu,beliau baru mengetahui mengenai proses Mykad yang kini hanya siap dalam tempoh 30 minit kerana kebetulan membawa anaknya, Muhammad Danish  Aidil untuk menggantikan MyKad yang menghadapi masalah membaca cip.Berdasarkan pengalaman beliau pernah membuat MyKad berkata kebiasaanya proses ini akan mengambil masa sehari dua,katanya yang tinggal di Permatang Tok Elong, Kepala Batas.

Mengikut undang-undang negara, warganegara Malaysia yang tidak membawa bersama Kad Pengenalan adalah merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) , Peraturan Pendaftaran Negara 1990,boleh disabitkan kesalahan pelaku dikenakan  hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Kesalahan dibawah Akta Pendaftaran Negara 1959(Akta 1978)adalah merupakan kesalahan boleh ditangkap bagi maksud undang-undang yang berhubung dengan prosedur jenayah.

Sumber : Malaysia Aktif

Leave a Reply