Input your search keywords and press Enter.

Nepal Hantar Pasukan Kutip Sampah Di Gunung Everest

M Update, 12/04/2019 – Selama berdekad aktiviti pendakian dikomersialkan, gunung paling tinggi di dunia sudah bertukar menjadi tempat longgokan sampah oleh pendaki.

Kerajaan Nepal akan menghantar sebuah pasukan berdedikasi ke Gunung Everest semasa musim pendakian kali ini bagi mengutip sampah sarap dan mayat yang mencemarkan gunung paling tinggi di dunia, kata pegawai hari ini.

Sampah seperti khemah pedar cahaya, kelengkapan pendakian, tin gas kosong dan sisa-sisa tinggalan pendaki mencemarkan laluan ke puncak setinggi 8,848 meter.

“Kami bangga di Gunung Everest tetapi kami sering dituduh kerana tidak membersihkannya…Sekarang kami berganding bahu untuk membersih gunung itu,” kata Ketua Jabatan Pelancongan Nepal, Dandu Raj Ghimire.

Selain itu, kerajaan turut bergabung dengan persatuan pendaki, tentera dan organisasi tempatan untuk menyelaraskan usaha membersihkan pergunungan itu.

Sebuah pasukan terdiri daripada 14 anggota akan dihantar ke kem pangkalan Gunung Everest pada 25 April dengan tujuan untuk membawa balik 10,000 kilogram sampah.

Manakala, lapan anggota akan dihantar ke Kem 2 pada ketinggian 6,400 meter di mana mereka akan tinggal di sana selama 14 hari dan mengutip sampah di lereng gunung bersalji

Enam tahun lalu, Nepal mengenakan deposit sampah sebanyak AS$4,000 (RM16,482) kepada setiap pasukan dan akan membayar balik sekiranya mereka membawa pulang sekurang-kurangnya lapan kilogram sampah

Tetapi, hanya separuh daripada mereka yang pulang membawa sampah ke bawah-AFP.

Leave a Reply