Input your search keywords and press Enter.

Nepal Larang Permainan PUBG

M Update, 12/04/2019 – Nepal bertindak mengharamkan permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG, susulan kebimbangan ia memberi kesan kepada kanak-kanak.

Pekeliling mengenainya dikeluarkan oleh pihak berkuasa telekomunikasi Nepal semalam, kepada kesemua penyedia perkhidmatan internet, susulan arahan oleh mahkamah daerah Kathmandu.

“Kami memohon perintah daripada mahkamah untuk melarang PUBG selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa, penjaga dan pelbagai pertubuhan sekolah.

“Mereka meminta kami menyekat permainan itu, kerana bimbang ia memberi kesan psikologi kepada remaja serta pelajar,” kata pegawai kanan polis, Dhiraj Pratap Singh kepada AFP.

Sehingga kini, PUBG yang dihasilkan oleh firma dari Korea Selatan, Bluehole Inc sudah dimuat turun lebih 100 juta kali di seluruh dunia, sejak ia dilancarkan pada 2017.

Namun, ibu bapa dan golongan pendidik menyifatkan permainan itu boleh mencetuskan keganasan dan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran mereka.

Sementara itu, salah seorang peminat PUBG, Saugat Joshi, 28, berkata ibu bapa perlu berbincang dengan anak mereka mengenai tabiat bermain permainan itu.

“Melarang mereka (remaja, pelajar) daripada bermain (PUBG) bukan satu penyelesaian.

“Ketika ini, PUBG sudah tular (diminati ramai) tetapi tahun depan mungkin muncul 10 lagi (permainan), jadi kita tidak boleh melarang kesemuanya,” kata Joshi. – AFP

Leave a Reply