Input your search keywords and press Enter.

Tiga penjenayah diburu samun kedai emas

M-Update,12/4/2019, KUALA LUMPUR,– Polis sedang mengesan tiga suspek yang dipercayai terlibat menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Manjalara, Kepong di sini pada Rabu lepas. Bagaimanapun, suspek tidak berjaya melarikan barang kemas berkenaan apabila terlibat dalam kemalangan di hadapan Stesen Minyak Petron di sini, selepas menyamun kedai emas itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dengan motosikal lain dibantu oleh seorang individu yang dipercayai merupakan rakan mereka, susulan itu pihak polis giat mengesan ketiga-tiga suspek.”Kejadian kemalangan ini berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang berdekatan dan dash camera kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Suspek meninggalkan motosikalnya jenis Yamaha LC warna hitam merah dengan nombor pendaftaran BMA 497,” katanya dalam kenyataan.Mazlan berkata pihaknya turut merampas sebuah beg berwarna hitam mengandungi sejumlah barang kemas (dipercayai barang kemas yang dirompak) , sebilah pisau, sepasang sarung tangan warna biru dan satu topeng muka berwarna putih.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian mendapati suspek masuk melalui pintu kecemasan di tingkat satu pasar raya itu dengan menggunakan pemutar skru dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.”Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2225 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply