Input your search keywords and press Enter.

AS Ucap Tahniah Kepada Kerajaan Baharu Palestin

M Update, 15/04/2019 – “Tahniah kepada barisan baharu Kabinet Pihak Berkuasa Palestin. Dengan pengalaman mereka yang tersenarai, kami berharap, mereka berupaya bekerja bersama ke arah perdamaian dan memperbaiki kehidupan penduduk Palestin. Ia adalah permulaan baharu,” tulis tweet Jason Greenblatt, penasihat Presiden AS, Donald Trump dan wakil khas untuk rundingan antarabangsa.

Amerika Syarikat (AS) mengucapkan tahniah kepada kerajaan baharu Palestin semalam, sehari selepas Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh mengumumkan barisan kabinetnya bersama Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, namun mengecualikan pergerakan Islam Hamas.

Penganalisis berkata, perubahan kerajaan dibuat untuk memencilkan lagi Hamas, yang tidak sehaluan dengan parti Fatah pimpinan Abbas serta Shtayyeh selama lebih sedekad.

Beberapa jawatan utama tidak berubah daripada pentadbiran terdahulu pimpinan Rami Hamdallah.

Mereka berkata, Abbas, 84, berkuasa sejak 2005, mengekalkan kuasa pembuat dasar.

Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, Abbas mengesahkan kerajaan baharu dibentuk dan mengalu-alukan anggota kabinetnya.

Ia memasukkan ramai sekutu rapat sekian lama dan anggota Fatah, walaupun beberapa puak kecil juga diwakili. -AFP

Leave a Reply