Input your search keywords and press Enter.

Pulangan RM3.1 Bilion Oleh CCCC

Sumber Poster FB Page Ringgit & Sen

Bayaran pendahuluan Fasa 2 Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Landasan Berkembar dan Jajaran Utara berdasarkan kontrak asal sebanyak RM3.1 bilion akan dipulangkan setelah dipersetujui oleh China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Ujar Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir, sejumlah RM500 juta akan dipulangkan dalam tempoh seminggu bermula 12 April 2019 dan RM500 juta lagi dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Selain itu bagi lebihan bakinya pula, ia akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan selepas potongan bagi tuntutan yang disahkan susulkan kerja-kerjayang tergendala, penggantungan, serta pembatalan jajaran utara.

Perjanjian Tambahan (SA) meliputi Fasa satu dan 2 iaitu kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian ECRL pada harga yang dikurangkan kepada 44 bilion.

Harga kini kos perbelanjaan ECRL ialah RM68.7 juta setiap kilometer berbanding harga asalnya iaitu RM95.5 juta. Jajaran baru itu akan melalui 20 stesen bermula Kota Bharu ke Kuala Terengganu, Kuatan, Mentakab dan melalui Jelebu, Bangi/Kajang, Putrajaya Sentral dank e Pelabuhan Klang.

ECRL akan melalui 5 negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berbanding sebelum ini yang akan memberi peluang kepada lebih banyak negeri untuk memperoleh manfaat limpahan ekonomi.

Leave a Reply