Input your search keywords and press Enter.

Halang Jalan Raya Di London, 113 Ditahan

M Update, 16/04/2019 – Seramai 113 individu ditahan dalam siri bantahan anjuran aktivis perubahan iklim di beberapa lokasi terkenal di London, termasuk Oxford Circus, Marble Arch dan Waterloo Bridge.

Bantahan itu diadakan bagi mendesak kerajaan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah perubahan iklim.

Ia diketuai kumpulan Extinction Rebellion, aktivis perubahan iklim yang terkenal di Britain dan mereka menarik sokongan orang ramai untuk berhimpun sejak semalam.

Extinction Rebellion mendesak kerajaan supaya mengisytiharkan langkah segera bagi menangani isu perubahan iklim dan ekologi, selain mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar menjelang 2025.

“Setakat ini, 113 sudah diberkas dan sebahagian daripadanya kerana melanggar Seksyen 14, Notis Akta Perintah Awam 1986 serta menghalang lebuh raya,” kata jurucakap polis London. – Reuters

Leave a Reply