Input your search keywords and press Enter.

Pelancong Kanada Maut Ketika Aksi ‘Zipline’

M Update, 16/04/2019 – Seorang pelancong Kanada maut ketika melakukan aksi terbang kelawar (zipline) pada ketinggian 12 meter, di sebuah lokasi tumpuan pelancong di utara negara ini.

Menurut polis, nahas berlaku di Chiang Mai yang terkenal dengan keindahan hujan, air terjun dan binaan kuil Buddha dan menjadi pilihan pelancong yang inginkan kelainan.

Mangsa berusia 25 tahun itu dilaporkan mengikuti satu aktiviti pengembaraan popular di Chiang Mai, yang membolehkan pelancong menikmati kehijauan hutan sambil terikat pada laluan yang disediakan.

“Beliau jatuh lalu mati ketika melakukan aktiviti zipline pada Sabtu lalu,” kata jurucakap polis daerah Mae On, Chiang Mai, Mejar Sakarin Wiratsaken.

Sakarin berkata, mangsa melancong ke Chiang Mai bersama isterinya.

“Semua bukti kejadian akan diserahkan kepada pejabat forensik dan setakat ini, tiada suspek ditahan berhubung insiden itu,” kata Sakarin kepada AFP.

Sementara itu, wakil syarikat terbabit berkata, aktiviti berkenaan sudah dihentikan dan masih menunggu kebenaran pihak berkuasa sebelum kembali beroperasi. – AFP

Leave a Reply