Input your search keywords and press Enter.

Selangor sasar 9 juta pelancong

Paragliding di Bukit Jugra merupakan salah satu tarikan di Negeri Selangor

Selangor mensasar 9 juta pelancong pada tahun ini sekaligus pendapatan bagi sektor pelancongan negeri tersebut dijangka mencapai RM10 bilion. Datuk Abdul Rashid, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Selangor berkata anggaran jumlah pendapatan itu ditingkatkan ekoran pada tahun 2018 kehadiran pelancong di negeri tersebut seramai 7.5 juta dan pendapatan yang diperoleh ialah RM8.9 bilion.

“Kita begitu giat mengadakan program pelancongan, dan lawatan ke luar negara untuk mempromosi Selangor sebagai negeri yang harus dilawati. Selangor mempunyai keunikan dengan pelbagai makanan dan produk pelancongan serta diiktiraf Majlis Pelancongan Malaysia sebagai destinasi pilihan pada tahun lepas,”

Exco Pelancongan dan Kebudayaan tersebut yakin jumah sasaran pelancong ke Selangor pada tahun ini dapat dicapai susulan Selangor terdapat pelbagai destinasi pelancongan yang unik seperti Sky Mirror di Kuala Selangor dan aktiviti paragliding di Bukit Jugra.

Leave a Reply